![]() |
NutriFeron® Granules (30 sachet / 30 hidangan) |
Saranan penggunaan:
Untuk orang dewasa sahaja. Ambil satu sachet granul sekali sehari selepas makan.
Larutkan granul sepenuhnya dalam segelas air panas atau sejuk. Oleh kerana granul menyerap kelembapan dengan mudah, sila gunakannya sebaik sahaja dibuka.
LINDUNGI KESIHATAN BADAN ANDA, SECARA SEMULA JADI.
NutriFeron® Granules diformulasi untuk menjaga kesihatan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi. Ia memberikan anda badan yang kuat dan kesihatan yang baik.
NutriFeron® Granules mengandungi campuran proprietari empat jenis ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle, yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.*
TAHUKAH ANDA? NutriFeron® Granules adalah formulasi istimewa yang hanya boleh didapati di Shaklee. |
Keistimewaan Shaklee
Pada tahun 1970, Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkenal dunia, telah menemui cara untuk meningkatkan ketahanan badan secara semula jadi serta menguatkan daya tahan badan. Bersama rakan penyelidik yang lain, mereka menyaring, menguji dan menilai lebih daripada 200 jenis herba yang berbeza.
Akhirnya, kombinasi empat bahan botani daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle telah dipilih kerana keberkesanannya dalam melindungi dan memberi ketahanan badan yang baik, secara semula jadi.
*Produk-produk ini tidak bertujuan
untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang
penyakit. |